Modul SPM

MODUL SPM
(klik pada link)



SEULAS KATA DARIPADA PENULIS


Assalamualikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Pertamanya saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan Iimpah kurnia-Nya dapat saya menggemblengkan tenaga dan fikiran saya untuk menyiapkan Modul Bahasa Melayu SPM Tahun 2012.Jutaan terima kasih saya kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan dalam menerbitkan modul ini. Kerjasama yang diberikan ini dapat merealisasikan modul ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Penerbitan modul ini sebenarnya merupakan kesinambungan daripada modul yang pernah saya hasilkan dahulu. Modul ini telah dimurnikan mengikut perubahan terkini pemarkahan Bahasa Melayu kertas 1 dan Bahasa Melayu Kertas 2 .Penyediaan modul ini juga berdasarkan rujukan daripada program-program yang dijalankan oleh Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan , Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, sumber­ sumber ilmiah, Modul Kursus P & P Bahasa Melayu, perbincangan dengan rakan-rakan guru Bahasa Melayu dan pengalaman saya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sejak 15 tahun lalu.
Modul ini juga boleh dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar untuk memperoleh markah yang cemerlang dalam SPM. Hal ini demikian kerana, pengisian dalam modul ini telah mencakupi kriteria pemarkahan kertas Bahasa Melayu 1 dan Bahasa Melayu 2 SPM. Selain itu, saya juga mengharapkan modul ini nanti boleh memudahkan guru-guru bahasa Melayu yang lain untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu di dalam kelas.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Nor Hashim Bin Haji Othman, Pengetua SMK Undang Jelebu, Puan Noor Fauziah Binti Rhan  GP Akademik, Encik Norazman Bin Mohd Amin ,Puan Rosnah Binti Tabri ,  Ketua-Ketua Bidang ,dan Ketua-Ketua Panitia . Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua guru SMK Undang Jelebu yang banyak memberikan sokongan dan bantuan moral kepada saya. Tanpa sokongan mereka , modul ini tidak dapat disiapkan.
Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya yang tercinta Puan Nur Imani Bt Haji Omar, serta anak-anak yang tersayang , Nur Afiqah dan Mohamad Afiq kerana banyak memberikan sokongan dan memahami tugas dan tanggungjawab saya. Saya mendoakan semoga semua pelajar memperoleh kejayaan yang membanggakan untuk diri sendiri , ibu bapa , rakan-rakan dan guru-guru , bangsa, agama dan negara.
Sekian , terima kasih.
Cintailah Bahasa Kita

MOHAMAD NASIR BIN IBRAHIM